Sunday, 11 December 2011


SENAMAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN
Definisi Senaman 
Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan .
Kurang Bersenam
Ianya boleh menyebabkan:-  
• Kegemukan; 1 dalam 4 kanak-kanak Malaysia adalah gemuk 
• Diabetes melitus Jenis 2 
• Peningkatan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar
Faedah Bersenam
• Penambahbaikan kekuatan dan daya tahan otot 
• Penambahbaikan ketegangan otot dan postur badan 
• Membina tulang yang sihat 
• Penambahbaikan kelenturan sendi 
• Pengekalan mengawal berat badan 
• Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar. 
• Mengurangkan tahap kebimbangan dan stres 
• Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera 




Senaman aerobik adalah baik untuk kanak-kanak seperti:-
• Berenang 
• Bermain bolasepak 
• Bermain tenis 
Bagi kanak-kanak yang tidak aktif , adalah disarankan untuk bersenamlah selama 30 minit
sehari dan tingkatkan sehingga satu jam secara beransur-ansur
Senaman yang Selamat
• Pakailah pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa 
• Guna peralatan keselamatan seperti topi keledar, kaca mata yang menghalang
kemasukan air (goggle), pelindung mulut, pelapik dan sebagainya.
• Elakkan dari bersenam dalam tempoh 2 jam selepas makan. 
• Pastikan minum air secukupnya sebelum dan selepas senaman bagi mengantikan
cecair yang hilang melalui peluh. Elak mengambil air berkabonet. 
• Elakkan dari bersenam di persekitaran yang tidak sesuai seperti tempat yang gelap,
cuaca yang panas dan udara yang tercemar. 
• Jangan terus mandi selepas senaman. Tunggu sehingga badan menjadi sejuk dan tidak
berpeluh. 
• Gunakan alat pemantul cahaya (reflector) pada baju anda ketika berbasikal atau
berjoging pada waktu subuh atau malam. 
• Jika berjoging di jalanraya lakukannya dengan berlari berlawan arah lalulintas supaya
anda dapat melihat kenderaan yang menuju ke arah anda.
• Elak bersenam di jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.


Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman
Sebab-sebab:- 
• Memanaskan otot 
• Menambahkan peredaran darah ke otot 
Bagaimana untuk memanaskan badan? 
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan. 
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot 
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.
Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab: 
• Merehatkan otot 
• Membuang bahan perkumuhan 
• Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan: 
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur 
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman

No comments:

Post a Comment